Sunday, 9 December 2012

 

Aktiviti & Program

HarimauMalaya.Com juga ada menjalankan pelbagai aktiviti & program untuk ahli-ahli seperti perjumpaan untuk membincangkan pelbagai isu, mencipta t-shirt rasmi, perlawanan futsal & sebagainya.

 

 

Pengumpulan ahli

HarimauMalaya.Com mensasarkan lebih ramai peminat bola Malaysia mendaftarkan diri sebagai ahli kelab ini untuk bersama-sama memberi sokongan padu untuk menaikkan semangat pemain-pemain bola sepak negara.
Kini, HMC telah berjaya mengumpulkan lebih 1000 orang ahli berdaftar dan jumlah ini bertambah dari semasa ke semasa serta mencatatkan purata jumlah pengunjung sebanyak 3,500 ‘hits’ sehari.
Mereka yang mahu menyertai komuniti ini untuk bersama mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak negara hanya perlu melayari www.harimaumalaya.com


Penubuhan syarikat

Kumpulan ini juga sudah menubuhkan sebuah syarikat, HarimauMalaya.com Solutions Enterprise (HMC Solutions) bertujuan mengumpul dana bagi menjalankan aktiviti mereka pada masa depan. Ahli juga boleh menyumbangkan dana bagi menaiktaraf laman web ini serta digunakan menjalankan aktiviti yang dianjurkan.

 

1 comment: